KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Persatuan Usahawan Teknologi Malaysia (TeAM) dan VADS Bhd bagi BizApp Store.
Dalam satu kenyataan hari ini, TM berkata kerjasama tersebut menandakan usaha penting bagi syarikat dengan membawa perkhidmatan awam kepada perusahaan kecil dan sederhana Malaysia melalui kerjasama dengan TeAM dan platform VADS.
TM BizApp Store merupakan portal web layan diri yang menawarkan pelbagai aplikasi perniagaan yang dibangunkan oleh syarikat perisian antarabangsa serta vendor perisian bebas (ISV) tempatan.
Semua aplikasi di TM BizApp Store adalah berkaitan industri untuk PKS memandangkan mereka berkembang daripada fasa permulaan untuk menjadi syarikat sederhana dan besar.
Naib Presiden Eksekutif TM Azizi A. Hadi berkata dengan perjanjian itu, anggota TeAM dapat memasar dan menjual aplikasi awam mereka melalu BizApp Store TM.
“Kedua-dua pihak akan dapat memanfaatkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti jualan bersama dan pemasaran bersama masing-masing.
“TM juga bersedia untuk mendapat manfaat daripada latihan, demontrasi dan penyelesaian masalah yang disediakan oleh ISV TeAM kepada kakitangan kami di bawah perjanjian ini,” katanya.
Pada majlis yang sama, VADS juga menandatangani perjanjian kerjasama berasingan dengan TeAM bagimenyediakan platform awam untuk ISV TeAM.- Bernama