VADS Berhad (VADS), anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM), menjalin usaha sama dengan Parallels, pembekal platform untuk penyampaian perkhidmatan awam terkemuka dengan menawarkannya kepada Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS).
Dalam satu kenyataan, menerusi usaha sama ini, pelaksanaan platform itu membolehkan Vads menyampaikan perkhidmatan awam dengan lebih pantas kepada PKS di Malaysia, secara cekap dengan kos efektif.
“Penyelesaian automasi ini membolehkan Vads melaksanakan penyediaan Microsoft Office 365 secara automatik, sekali gus menghapuskan ketidakcekapan dalam proses kertas kerja antara jabatan dalaman bagi penyediaan perkhidmatan awam.
“Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan risiko kesilapan berbanding proses sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vads, Ahmad Azhar Yahya berkata, pelanggan Vads ingin memanfaatkan produk-produk awam seperti Microsoft Office 365 dan mereka berharap dapat menggunakan perkhidmatan itu dalam kadar segera apabila diperlukan.
“Ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam perkhidmatan awam dan pengembangan perniagaannya di negara ini.
“Langkah ini juga membantu syarikat menjamin infrastruktur teknologi maklumat pada masa hadapan bagi memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan awam yang kian meningkat daripada portfolio pelanggan PKS yang bertumbuh pesat,” katanya.