Cyberview dan VADS LYFE Bekerjasama untuk Pelaksanaan Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar di Cyberjaya

6 Oktober 2016 Back


Analisis kawalan trafik mudah diubah suai melalui kamera CCTV digunakan bagi integrasi menyeluruh sistem lampu isyarat sedia ada untuk mengurangkan masa menunggu trafik sebanyak 65%

Cyberview Sdn Bhd bersama-sama dengan VADS Lyfe Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkongsi kejayaan Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar sebagai sebahagian pelan hala tuju transformasi bandar pintar bagi Cyberjaya ke arah menjadi sebuah hab teknologi global.

Sistem berasaskan Internet untuk Segala-galanya (IoT) ini telah dibangunkan secara tempatan oleh VADS Lyfe dan telah dipasang sepanjang Persiaran Multimedia, Cyberjaya pada Julai tahun ini. Sistem tersebut membolehkan sistem lampu trafik sedia ada mudah diubah suai dan mengagihkan tempoh masa lampu isyarat hijau secara automatik bagi memastikan aliran trafik yang lancar. Ini dapat menangani kesesakan lalu lintas, mengurangkan masa perjalanan dan masa menunggu, seterusnya sambil memenuhi keperluan trafik harian yang sentiasa berubah. Selain itu, penyelesaian ini dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan api, pencemaran udara, dan pelepasan karbon dari kenderaan.

Dengan sistem baharu ini, masa menunggu bagi lampu isyarat trafik sepanjang Persiaran Multimedia, Cyberjaya telah berjaya dikurangkan sebanyak 65% iaitu antara 8 – 11 minit berbanding kira-kira 32 minit sebelum ini untuk pergi dari hujung ke hujung semasa waktu puncak. Sistem lampu trafik sepanjang Persiaran Multimedia adalah sejauh 3.5km dan terdiri daripada lapan (8) persimpangan lampu isyarat.

“Usaha ini adalah selaras dengan peranan Cyberview sebagai pemacu hab teknologi yang membawa ke arah transformasi Cyberjaya kepada sebuah bandar pintar yang berkembang maju menerusi inovasi. Sebagai sebuah Makmal makmal Kehidupan hidup bagi penyelesaian bandar pintar, kami berhasrat menerapkan teknologi ke dalam setiap aspek perbandaran ini melalui usahasama dengan rakan-rakan kongsi kami; daripada meningkatkan aspek-aspek asas dengan memacu kesediaan IoT di sini, merintis penyelesaian pintar, sehinggalah mempertingkatkan infrastruktur dan perkhidmatan bandar serta menawarkan sokongan perniagaan dan pemasaran untuk idea-idea yang hebat,” kata Datuk Faris Yahaya, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd.

“Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar yang dirasmikan hari ini adalah hasil daripada kolaborasi dengan salah satu daripada rakan kongsi kami. salah satu kerjasama sedemikian. Ini merupakan sebahagianusahasama pertama daripada pelbagai kerjasama pintar masa depan yang kami ingin laksanakan pada masa hadapan dalam bidang infrastruktur, alam sekitar, sosial dan ekonomi di Cyberjaya. Dengan kerjasama VADS LyfeMelalui usaha dengan VADS Lyfe seperti hari ini, ruang inovasi teknologi di sini akan terus dipertingkatkan melaluidengan penyelesaian pintar yang memberi manfaat kepada penduduk bandar ini. Apa yang paling pentingAkhirnya, kami berharap untuk melihat bukan sahaja penduduk Cyberjaya, tetapi seluruh penduduk Malaysia, menikmati penyelesaian bandar pintar terkini yang dibangunkanmajukan dan diperincikan di Cyberjaya ini,” tambah Datuk Faris.

Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar ini bertujuan untuk mempertingkatkan pendekatan sistem lampu isyarat sedia adaebelum ini. Sistem tersebut menggunakan televisyen kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan analisis masa nyata permintaan keadaan trafik di setiap persimpangan melalui pendekatan analisis video pengesanan. Sistem ini akan menyesuaikan tempoh masa lampu hijau secara dinamik mengikut analisis, justeru seterusnya memastikan aliran trafik yang lebih baik sepanjang jalan berkenaan.

Massimo Miglioulo, Ketua Pegawai Eksekutif, VADS Lyfe berkata, “Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar ini merupakan satu sistem yang kos efektif bagi kawasan brownfield seperti Cyberjaya, kerana ia memanfaatkan infrastruktur TM sedia ada secarayang meluas. Kita kKini, kita mampu menyesuaikan tempoh lampu hijau bagi setiap lampu isyarat secara dinamik dan menghubungkan dengan lampu isyarat yang berikutnya secara kawalan jauh. Dengan berbuat demikian, lampu isyarat bersebelahan akan menjadi lebih peka dengan persimpangan berdekatanrsebelahan sekaligus mengoptimumkan aliran dari satu simpang ke simpang seterusnya. Dengan aliran trafik yang lebih lancar, pengguna jalan raya di sini dapat menjimatkan masa perjalanan dan wang, menjadikan Cyberjaya sebuah bandar lebih efisien yang memperkayakan masyarakat, sejajar dengan janji jenama kami, ‘Hidup Lebih Mudah’.”

Di bawah sistem operasi lampu isyarat tradisional, lampu isyarat akan memaparkan lampu hijau untuk tempoh yang telah ditetapkan bagi setiap kitaran tanpa mengambil kira keadaan trafik masa nyata. Jika tiada kenderaan menunggu, masa tersebut boleh diperuntukkan dengan lebih baik bagi memenuhi keadaan yang lebih sibuk. Masa yang diperuntukkan bagi setiap pendekatan hanya boleh diubah menerusi tetapan manual. Bagaimanapun isu yang paling penting masih kekal – kekurangan mekanisme maklum balas yang membolehkan interaksi dengan alat kawalan untuk menyediakan data keperluan trafik.

Dengan adanya Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar, ia dilengkapi dengan sistem pengurusan jarak jauh yang membolehkan pemantauan secara jarak jauh dijalankan dari Pusat Tindakan Pengurusan Trafik (Traffic Management Command Centre). Pusat ini yang terletak di CoInnov8, Cyberview, sebuah pusat kolaboratif bagi penyelesaian bandar pintar dan IoT. VADS Lyfe, dengan kerjasama Intel, menggunakan teknologi Intel® IoT Gateway untuk menganalisis data yang disalurkan melalui CCTV berasaskan IP protokol internetitu. Analisis berkenaan membolehkan kawalan dinamik lampu isyarat bagi mengoptimumkan aliran, dan membolehkan sistem ini disesuaikan dengan keperluan dan keadaan trafik masa hadapan. dan menyesuaikan sistem itu bagi keadaan trafik dan keperluan masa depan. Penggunaan teknologi Intel® IoT Gateway juga membolehkan data tersebut diperluaskan untuk menyokong pemantauan bandar dan membantu aktiviti perancangan bandar.

Dengan adanya Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar, ia dilengkapi dengan sistem pengurusan jarak jauh yang membolehkan pemantauan secara jarak jauh dijalankan dari Pusat Tindakan Pengurusan Trafik (Traffic Management Command Centre). Pusat ini yang terletak di CoInnov8, Cyberview, sebuah pusat kolaboratif bagi penyelesaian bandar pintar dan IoT. VADS Lyfe, dengan kerjasama Intel, menggunakan teknologi Intel® IoT Gateway untuk menganalisis data yang disalurkan melalui CCTV berasaskan IP protokol internetitu. Analisis berkenaan membolehkan kawalan dinamik lampu isyarat bagi mengoptimumkan aliran, dan membolehkan sistem ini disesuaikan dengan keperluan dan keadaan trafik masa hadapan. dan menyesuaikan sistem itu bagi keadaan trafik dan keperluan masa depan. Penggunaan teknologi Intel® IoT Gateway juga membolehkan data tersebut diperluaskan untuk menyokong pemantauan bandar dan membantu aktiviti perancangan bandar.

Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar telah dibangunkan di bawah inisiatif pembangunan Bandar Pintar Cyberview dan disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melalui dana Smart City Catalyst.