VADS Berhad (VADS), peneraju pembekal perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka di negara ini dan INTI International College Kuala Lumpur (INTI) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memanfaatkan kemahiran dalam melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
MoU ini ditandatangani oleh Naib Presiden Perkhidmatan BPO, VADS Datin Mohana Moharif dan INTI diwakili Ketua Pegawai Operasinya Rohit Sharma.
Kerjasama strategik antara VADS dan INTI bagi membolehkan anggota bukan eksekutif dan pegawai khidmat pelanggan (CSP) VADS untuk melanjutkan pendidikan formal di INTI. Kakitangan VADS akan menikmati rebat yuran pengajian khas bagi program terpilih yang ditawarkan INTI. Rebat ini juja diperluaskan kepada ahli keluarga terdekat.Selain mengambil bahagian dalam program latihan yang dianjurkan oleh INTI secara percuma dan mendapat keistimewaan menggunakan kemudahan yang ada di kampus INTI.
Ketua Pegawai Eksekutif VADS. Ahmad Azhar Yahya berkata, kejayaan VADS Sebagai pembekal BPO terbesar di negara ini berusaha untuk membangunkan bakat-bakat dalaman kami yang sedia ada melalui program-program dalaman yang direka untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja kami.
“Kerjasama dengan INTI membuka peluang kepada anggota kami untuk melanjutkan pendidikan formal mereka, satu perkembangan kerjaya semulajadi selari dengan hasrat kami untuk membangunkan bakat-bakat yang kami ada di VADS,”
Mengulas mengenai kerjasama itu, Rohit Sharma berkata,bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap graduan kami dapat memenuhi jangkaan majikan.
“Matlamat kami adalah untuk mengubah pengalaman pendidikan di Malaysia dengan menyediakan pendidikan yang relevan dengan industri dan berfokuskan kerjaya. Kami juga memastikan graduan kami dapat memenuhi kemahiran tertentu yang diperlukan oleh majikan abad ke-21, iaitu pemikiran kritikal, kerjasama, komunikasi dan kreativiti.”
Selain itu, usahasama tersebut juga akan melihat VADS bertindak sebagai salah satu penasihat industri kepada INTI dan akan menyumbang idea-idea, kepakaran dan pandangan industri ke arah peningkatan kurikulum yang diajar di INTI. Ini sekaligus akan membolehkan INITI melahirkan graduan yang lebih berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang relevan dengan industri khidmat pelanggan.